Tuesday, September 6, 2011

Buat sendiri la !

Assalamualaikum

Eh, kenapa tiba-tiba ada bunga ni? Adakah hatiku berbunga-bunga? Oh, tidak sama sekali.
Tapi hari ni aku nak cerita perihal kahwin yang selalu orang sibuk nak uruskan pasal pelamin, hantaran, pintu gerbang. Tak lama lagi aku dah nak kahwin, so terpaksa lah juga cerita pasal kahwin-kahwin ni. Ini bukan cerita benar, tapi hanya rekaan semata-mata. hehe. Bukan aku yang nak kahwin tau. Tapi entri ini hari memang pasal orang nak kahwin. Sebenarnya tanpa diduga, aku ada bakat yang terpendam disebalik otak kimia yang aku rasa tak berapa nak jadi ni.
Bakat apa? Mesti lah bakat yang macam ala-ala wedding planner tu, buat pelamin, hantaran dan pintu gerbang kahwin. *perasan. kehkehkeh.


Ish, taknak panjang lagi gua membebel ni. Biar lantak lah. Cuma nak kongsi dengan saudara saudari sekalian, awal tahun hari tu wedding abang kedua aku. So, segala persiapan hantaran dan sebagainya adalah 100% hasil usaha dari keluarga kami. Ntah macam mana dan ntah bila aku jadi mastermind dalam semua benda alah ni. Time pergi beli barang-barang hantaran, aku cakap dekat kakak aku, aku ada idea nak buat macam mana hantaran tu nanti. Dah beli semua barang maka duduk pulun lah aku dengan kakak aku sesi meng'try' dan menggubah sepuas hati mungkin.



Dan inilah hasil final hantaran abang aku atas titik peluh
semua keluarga aku.

Terjemahan Al-Quran

Set Make-Up

Kain Telekung

Kek Buah

Kain Tenun Pahang

Beg

Buah-buahan

Jam

Kasut

Oh, by the way, hantaran ni aku bagi nama hantaran darat.
Kelantan punya slang, darat tu maksudnya kampung.
Sebab aku memang orang kampung, so aku suka dengan hasil yang aku buat ni.
Warna temanya adalah kuning dan krim dan ala-ala eksotik sikit sebab bekas dia warna brown.


Setel pasal hantaran. Sekarang pasal pelamin pula.
Disebabkan nak cut cost, mak aku putuskan tak nak sewa pelamin time majlis sambut menantu dekat rumah aku. So, pelamin pun buat sendiri. Abang aku request nak yang simple-simple je. Maka, mak aku pergilah membeli perkakas nak buat pelamin, kain, bunga dan banyak lagi kot. Yang excitednya adalah aku. Sebab aku yang excited, aku lah yang akan buat sendiri. Bertukang malam-malam nak try dan tengok mana design yang paling berkenan di hati semua orang.


Dan inilah hasilnya,

Kerusi dan stage tak sempat nak buat. Maka yang 2 tu saja yang disewa.
Yang lain semua hasil usaha sendiri. Bunga-bunga tu my mom yang gubah.


Cerita pasal pintu gerbang pula agak dramatik sikit sebab pintu ni siap pagi majlis tu. Agak gelabah juga nak siapkan sebab benda tu leceh sikit. Semua tu hasil usaha dari cousin aku, wife cousin aku dan ramai lagi.

Yang berkain pelikat tu lah abang aku. Ok, tak payah fokus dekat dia. Fokus dekat pintu tu. Bunga-bunga tu semua adalah fresh flower. Nama bunga tu aku pun tak ingat apa dia. Tapi bunga tu orang India selalu guna untuk buat kalung rantai. Pintu tu memang simple je kalau nak berbanding dengan wedding-wedding lain yang grand gila babas tu. Disebabkan semua buat sendiri dan bersusah payah untuk menyiapkannya, so it looks nice to me.
And yes, that feeling, it grew on me.


Habis cerita pasal wedding abang aku yang dah agak basi, wife dia pun dah nak due dah bulan 11 ni. Semoga aku dapat anak buah yang comel. hehe. Sekarang tengah busy buat hantaran untuk my cousin. Majlis dia tak lama lagi, end of this month. Dalam proses nak cari the best design. Aku rasa aku dah salah ambil course dulu kot. Patut ambil interior design ke, pasal arts ke. hahaha. terfikir juga nak buat benda ni sebagai side income aku. Siapa-siapa yang rasa nak tempah dengan aku boleh la bagi tahu aku ok. haha. Price boleh nego. macam ye ye je. Kalau ye pun apa salahnya kan.


Maaf lah sebab entri kali ni berkarangan panjang gila.
Sorry kalau ada termengarut. . =)




ok then, bye everyone!



Kejap-kejap. Ada tambahan. Tajuk dengan isi kandungan dalam entri ini
tak ada apa-apa kaitan. Sekian. Hehehe



^^


1 Orang mengomen:

Anonymous said...

giler

Post a Comment