Thursday, September 1, 2011

Raya Part 2

Assalamualaikum


Ini entri sambungan dari part 1 tadi. tahun ni aku beraya di kampungku yang tercinta Pasir Mas, Kelantan. perjalanan pulang ke kampung boleh dikira agak okay la bagi hari perayaan even kereta mmg agak banyak. tahun ni aku rasa antara raya yang paling aku layan sbb aku masih dapat duit raya. hehehe. ingatkan dah tak dapat besar2 ni. tapi alhamdulillah, pak cik, mak cik, sepupu semua berbesar hati nak bagi duit raya dekat budak praktikal yang dapat elaun tiap2 bulan sbanyak 2 ribu ringgit malaysia. *tangan ke dada mata ke atas. phewww~ haha.

Seperti biasa, acara wajib selepas solat hari raya ni adalah upacara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. dan tahun ni aku berjaya untuk tidak menitiskan air mata. hehe


Yang acara selepas ni mmg confirm wajib iaitu sesi bergambar. dari tua smpai ke budak2 semua sakan bergambar termasuklah aku. itu mmg wajib. pastu as usual pergi ke kubur ziarah kubur nenek dan atuk aku dan seterusnya pulun beraya ke rumah sepupu sepapat aku, makan, makan, makan dan makan sampai aku punya perut pun dah rasa ketat. dalam masa satu hari berkilo-kilo naik. tapi lantak la. janji senang hati. haha


the one and only, abah.

the most precious, mak.



keluargaku. tapi tak cukup korum lagi.

taraaa. sebahagian dari keluarga Mat Yaman.



Second day raya dah balik ke Kuantan. dan hari ni pergi beraya dekat rumah atuk aku dan makan, makan dan makan lagi. sampai aku rasa dah tak larat nak makan lagi. hari ni timbang dah naik 3 kilo. tapi naik 3 kilo pun org still cakap aku kurus. mmg kurus pun. nak wat mcm mana. mmg badan aku mcm ni. hehe


abah dan anak2 perempuannya. *rumah atuk.


Dan itulah cerita raya aku untuk 3 hari ni. sebenarnya lagi pulun aku beraya. tapi sbb dah tak larat nak upload gambar dan nak tulis banyak, aku rasa sampai sini je la entri kali ni. kalau ada rezeki, kita jumpa lagi untuk part 3 pulak.



Akhir sekali, saya Nor Athirah Mohd Yunus sekali lagi ingin mengucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Salah dan Khilaf, mohon dimaafkan.


byee~

2 Orang mengomen:

Anonymous said...

pic di kubur penuh keinsafan..

Tyra said...

ai, bunyi macam perli je tu.

Post a Comment