There was an error in this gadget

Tuesday, October 25, 2011

Sepetang di Taman Bandar

Assalamualaikum.

Ok semalam aku cuti sebab birthday sultan Pahang. Dah bosan-bosan duduk rumah ajaklah family pegi ke Taman Bandar, Indera Mahkota dekat Kuantan ni konon-konon nak beriadah. hehe. Dari rumah aku ke tempat ni dalam 10 minit dah sampai. Usually taman ni orang selalu datang sebab nak jogging, bawa anak-anak main playground, tengok orang, usha-usha awek (ni bg lelaki la) sebab sini banyak awek, student UIA, IKIP, Shahputra, budak majlis sukan pahang. hahaha. Tak tahu lah betul ke tak ni, aku pakai hentam je. tehee.

Haa, kat bawah ni budak kecik yang memang ya ampun bapak segala nakal, aktif sampai aku surrender nak jaga; meet my nephew, Rayhan atau nickname dia yang bajet comel reyrey. ceh! haha. Malas nak bebel banyak, jom kita check it out gambar. ;)


reyrey.

Hah, yang tiga orang bawah ni bajet photoshot lah, *konon-konon.


trial 1


trial 2


trial 3, saranghaee! <3


adik dengan aunty ayu.


left to right; kak yayah the doc, adik the active one, mak the lovely one, alya the cutest one, me, and kak yu the awesome one ! LOL. xoxo


Enjoice have fun dengan family, tengok-tengok gelagat orang lain. Hehehe. :D

**Em, esok cuti lagi, nak pegi mana pulak eh?

Saturday, October 15, 2011

Freedom.



*Dear October,
I need you to be nice to me,
for 7 days more.

Tuesday, October 11, 2011

Senyum.

Janganlah tengok orang pada luarannya. Janganlah nilai orang dari pakaiannya. Tak penting pun pandangan orang lain tentang aku. Yang paling penting bagi aku pandangan pencipta aku terhadap aku. Orang nak cakap aku miskin, go on. Orang nak cakap aku kaya, go on. Orang nak cakap aku takde duit, go on. Orang nak cakap aku selekeh, serabai, memang ye aku serabai. Aku tak reti nak dress kaw-kaw macam gadis-gadis metropolitan di bandar-bandar yang urban tu. Aku pakai tudung bawal je, jeans pun pakai boot cut yang dah seasoned, pegi jalan pun pakai selipar jepun pasar malam yang dah haus. Kaki pun dah mintak beli yang baru.

Tapi kita manusia semua sama je. Kau Allah cipta dari tanah, aku pun Allah cipta dari tanah. Tapi takpe la, nak buat macam mana kan. Manusia rambut sama hitam tapi hati masing-masing tak sama. Cuma sedarlah ye, kalau kau ingat kau kaya, ramai lagi yang kaya dari kau. Kalau kau ingat kau best, ramai lagi yang best dari kau. Kalau kau ingat kau sorang je ada duit banyak, ramai lagi yang berkepuk-kepuk duit dari kau tu. Bottom line nya sekarang ni janganlah kau pandang rendah sangat dekat orang. Biarlah aku miskin pun. Aku bukan kacau hidup kau. Bukannya aku ada mintak duit kau nak beli barang ke apa ke. Ye, memang aku ni tak mampu macam kau.


**Manusia zaman sekarang MEMANG bermacam ragam. :)

Monday, October 10, 2011

!@#$%^!

Gua memang betul-betul tak paham kenapa mesti ada manusia yang macam lu ni. Stok pandang orang bajet macam lu sorang je bagus atas muka bumi Allah ni. Muka lu, Allah dah bagi elok-elok cukup sifat. Janganlah pulak tiba-tiba perangai lu macam c*l**a. Memang tak sesuai. Gua tau gua tak baik. Tapi lu takde hak la nak buat gua cmni. Lu sape der? Lu dah cukup bagus ke? Gua tak buat masalah dengan lu, lu jangan buat masalah dengan gua. Nak kata lu dengki dengan gua sebab gua cantik, lu jauh la lagi cantik. Nak kata gua mengorat balak lu, memang tak dapat la der. Gua bukan jenis melekat kat jantan. Lagipun lu takde balak pun. Masalah gua sekarang. Gua tak paham apahal lu tak puas hati sangat dekat gua. Gua rasa dari dulu lagi kot time gua mula-mula menapak kat situ.

Mood gua memang tak berapa nak baik dah sekarang ni. Memang spoiled dah. Gua tak suka nak cari gaduh dengan orang kalau orang tu tak cari gaduh dengan gua dulu. Gua berharap sangat la muka lu yang cantik tu jangan la lu jadikan tak cantik pulak dengan perangai lu yang macam c*l**a tu.

Friday, October 7, 2011

#Untitled 2

I've been reading some articles and I've attracted to someone's comments. It sounds something like this
Don't find love, let love find you.

That's why it's called falling in love because you don't force yourself to fall, you just fail.

Somehow it's quite acceptable for me. Different people, then different opinions. Am I right?
Let's wait and be patient everyone. *teheeee!

AY,

Wednesday, September 28, 2011

to ' You-Know-Who '


I made this for you, and i know you will read this.
All the stupid fun, jokes, lies and all the shit I've done.
I am sincerely sorry for whatever it was that i did this time.
From the girl that always pissed you off,
athirah,

Wednesday, September 21, 2011

kelip-kelip

Kelip-kelip disangka api,
kalau api mana puntungnya?
hilang ghaib disangka mati,
kalau mati mana kuburnya?
*membuat ku berfikir sejenak

Monday, September 19, 2011

hangat bercinta. *puih!

Assalamualaikum,

entri ni copy paste saja dari mamat ni, klik sini.


Pertanyaan lazim bagi orang yang tengah bercinta.

1.awak dah mam ke belum? *mam disini bukan bermaksud mampus sebaliknya bermaksud makan dan singkatan daripada perkataan mamam. ahah!

2.awak tengah mam apew tu? nak cikit boleh? awak cuapkan lah~ *guwa terpaksa guna ayat-ayat gedik.

3.awak dah mandi ke belum?

4.awak dah solat?

5.awak tengah buat apa tu?

6.awak demam ea? alololo ciannye mam lah ubat.

7.awak bangun colat cubuh. *kahkahkah macam haram 'colat cubuh'

8.awak busy eh? corry ganggu.

9.awak jom mecej caye bocan ah.

10.I miss you,I leb you etc.

11.awak cayang caye tak? caye cayang awak ketat-ketat.

12.kenapa tak angkat kol saya tadi?

13.kenapa tak reply mesej saya?

14.awak minggu ni kita keluar nak? kita gi dating ajak syaitan sekali.

15.awak topupkan untuk saya boleh? kredit saya dah habis lah.


haha. bila baca memang tergelak sorang-sorang la. macam harammm.
*tiada kena mengena dengan aku atau seangkatan dengannya.


Wednesday, September 14, 2011

Monday, September 12, 2011

Dipaksa

Assalamualaikum

Akhirnya aku telah terjebak ke open house member aku setelah dipaksa oleh beberapa orang rakan. Maka, berkonvoi lah beramai-ramai kami ke rumah Afiq dekat Alor Gajah. Konvoi sebanyak 5 buah kereta dan 2 biji motor mat rempit. Sebenarnya semua ni kawan-kawan aku dekat UniKL. Dorang sekarang semua dah futher degree hanya aku je masih terkandas tengah praktikal untuk habiskan diploma ni.

haa, ini lah dia tuan rumah (berkaca mata) dan pasangan skandalnya. *sorry dila. haha

Menu rumah Afiq; mee goreng, nasi impit dan kuah kacang. Sedap mak Afiq masak. Antara gambar yang sempat di snap di rumah Afiq oleh jurukamera yang tak bertauliah.

mat Scottish, mat tak berapa nak Jawa, mata Punjabi, mat yang akan fly ke New Castle

rakan yang memaksa dan rakan yang dipaksa.

dan inilah;
jurukamera tak bertauliah 1

jurukamera tak bertauliah 2

Inilah mereka, rakan-rakanku.

Apa-apa pun, aku enjoy. Perut kenyang, hati pun sonang. Thanks Afiq! Thanks semua!

p/s ; boy friend yang kata nak upload gambar berbaju melayu, mananya sayang?

Wednesday, September 7, 2011

Avenged Sevenfold - So Far Away


Never feared for anything.
Never shamed but never free.
A laugh that healed the broken heart with all that it could.

Lived the life so endlessly.
Saw beyond what others see.
I tried to heal your broken heart with all that I could.

Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Plans of what our features hold
Foolish lies of growin' old
It seems we're so invincible, the truth is so cold.

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind.

Where you can say,
You can stay awake forever.

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Sleep tight, I'm not afraid.
The ones that we love are here with me.
Lay away a place for me
'Cause as soon as I'm done, I'll be on my way
To live eternally.

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
I have so much to say but you're so far away.

I love you
You were ready
The pain is strong enough to despise
But I'll see you
When He lets me
Your pain is gone, your hands are tied.

So far away.

And I need you to know

So far away
And I need you to,
Need you to know.


"So close yet so far away"
A song for you friends.

Tuesday, September 6, 2011

Buat sendiri la !

Assalamualaikum

Eh, kenapa tiba-tiba ada bunga ni? Adakah hatiku berbunga-bunga? Oh, tidak sama sekali.
Tapi hari ni aku nak cerita perihal kahwin yang selalu orang sibuk nak uruskan pasal pelamin, hantaran, pintu gerbang. Tak lama lagi aku dah nak kahwin, so terpaksa lah juga cerita pasal kahwin-kahwin ni. Ini bukan cerita benar, tapi hanya rekaan semata-mata. hehe. Bukan aku yang nak kahwin tau. Tapi entri ini hari memang pasal orang nak kahwin. Sebenarnya tanpa diduga, aku ada bakat yang terpendam disebalik otak kimia yang aku rasa tak berapa nak jadi ni.
Bakat apa? Mesti lah bakat yang macam ala-ala wedding planner tu, buat pelamin, hantaran dan pintu gerbang kahwin. *perasan. kehkehkeh.


Ish, taknak panjang lagi gua membebel ni. Biar lantak lah. Cuma nak kongsi dengan saudara saudari sekalian, awal tahun hari tu wedding abang kedua aku. So, segala persiapan hantaran dan sebagainya adalah 100% hasil usaha dari keluarga kami. Ntah macam mana dan ntah bila aku jadi mastermind dalam semua benda alah ni. Time pergi beli barang-barang hantaran, aku cakap dekat kakak aku, aku ada idea nak buat macam mana hantaran tu nanti. Dah beli semua barang maka duduk pulun lah aku dengan kakak aku sesi meng'try' dan menggubah sepuas hati mungkin.



Dan inilah hasil final hantaran abang aku atas titik peluh
semua keluarga aku.

Terjemahan Al-Quran

Set Make-Up

Kain Telekung

Kek Buah

Kain Tenun Pahang

Beg

Buah-buahan

Jam

Kasut

Oh, by the way, hantaran ni aku bagi nama hantaran darat.
Kelantan punya slang, darat tu maksudnya kampung.
Sebab aku memang orang kampung, so aku suka dengan hasil yang aku buat ni.
Warna temanya adalah kuning dan krim dan ala-ala eksotik sikit sebab bekas dia warna brown.


Setel pasal hantaran. Sekarang pasal pelamin pula.
Disebabkan nak cut cost, mak aku putuskan tak nak sewa pelamin time majlis sambut menantu dekat rumah aku. So, pelamin pun buat sendiri. Abang aku request nak yang simple-simple je. Maka, mak aku pergilah membeli perkakas nak buat pelamin, kain, bunga dan banyak lagi kot. Yang excitednya adalah aku. Sebab aku yang excited, aku lah yang akan buat sendiri. Bertukang malam-malam nak try dan tengok mana design yang paling berkenan di hati semua orang.


Dan inilah hasilnya,

Kerusi dan stage tak sempat nak buat. Maka yang 2 tu saja yang disewa.
Yang lain semua hasil usaha sendiri. Bunga-bunga tu my mom yang gubah.


Cerita pasal pintu gerbang pula agak dramatik sikit sebab pintu ni siap pagi majlis tu. Agak gelabah juga nak siapkan sebab benda tu leceh sikit. Semua tu hasil usaha dari cousin aku, wife cousin aku dan ramai lagi.

Yang berkain pelikat tu lah abang aku. Ok, tak payah fokus dekat dia. Fokus dekat pintu tu. Bunga-bunga tu semua adalah fresh flower. Nama bunga tu aku pun tak ingat apa dia. Tapi bunga tu orang India selalu guna untuk buat kalung rantai. Pintu tu memang simple je kalau nak berbanding dengan wedding-wedding lain yang grand gila babas tu. Disebabkan semua buat sendiri dan bersusah payah untuk menyiapkannya, so it looks nice to me.
And yes, that feeling, it grew on me.


Habis cerita pasal wedding abang aku yang dah agak basi, wife dia pun dah nak due dah bulan 11 ni. Semoga aku dapat anak buah yang comel. hehe. Sekarang tengah busy buat hantaran untuk my cousin. Majlis dia tak lama lagi, end of this month. Dalam proses nak cari the best design. Aku rasa aku dah salah ambil course dulu kot. Patut ambil interior design ke, pasal arts ke. hahaha. terfikir juga nak buat benda ni sebagai side income aku. Siapa-siapa yang rasa nak tempah dengan aku boleh la bagi tahu aku ok. haha. Price boleh nego. macam ye ye je. Kalau ye pun apa salahnya kan.


Maaf lah sebab entri kali ni berkarangan panjang gila.
Sorry kalau ada termengarut. . =)




ok then, bye everyone!



Kejap-kejap. Ada tambahan. Tajuk dengan isi kandungan dalam entri ini
tak ada apa-apa kaitan. Sekian. Hehehe



^^


Thursday, September 1, 2011

Raya Part 2

Assalamualaikum


Ini entri sambungan dari part 1 tadi. tahun ni aku beraya di kampungku yang tercinta Pasir Mas, Kelantan. perjalanan pulang ke kampung boleh dikira agak okay la bagi hari perayaan even kereta mmg agak banyak. tahun ni aku rasa antara raya yang paling aku layan sbb aku masih dapat duit raya. hehehe. ingatkan dah tak dapat besar2 ni. tapi alhamdulillah, pak cik, mak cik, sepupu semua berbesar hati nak bagi duit raya dekat budak praktikal yang dapat elaun tiap2 bulan sbanyak 2 ribu ringgit malaysia. *tangan ke dada mata ke atas. phewww~ haha.

Seperti biasa, acara wajib selepas solat hari raya ni adalah upacara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. dan tahun ni aku berjaya untuk tidak menitiskan air mata. hehe


Yang acara selepas ni mmg confirm wajib iaitu sesi bergambar. dari tua smpai ke budak2 semua sakan bergambar termasuklah aku. itu mmg wajib. pastu as usual pergi ke kubur ziarah kubur nenek dan atuk aku dan seterusnya pulun beraya ke rumah sepupu sepapat aku, makan, makan, makan dan makan sampai aku punya perut pun dah rasa ketat. dalam masa satu hari berkilo-kilo naik. tapi lantak la. janji senang hati. haha


the one and only, abah.

the most precious, mak.



keluargaku. tapi tak cukup korum lagi.

taraaa. sebahagian dari keluarga Mat Yaman.



Second day raya dah balik ke Kuantan. dan hari ni pergi beraya dekat rumah atuk aku dan makan, makan dan makan lagi. sampai aku rasa dah tak larat nak makan lagi. hari ni timbang dah naik 3 kilo. tapi naik 3 kilo pun org still cakap aku kurus. mmg kurus pun. nak wat mcm mana. mmg badan aku mcm ni. hehe


abah dan anak2 perempuannya. *rumah atuk.


Dan itulah cerita raya aku untuk 3 hari ni. sebenarnya lagi pulun aku beraya. tapi sbb dah tak larat nak upload gambar dan nak tulis banyak, aku rasa sampai sini je la entri kali ni. kalau ada rezeki, kita jumpa lagi untuk part 3 pulak.



Akhir sekali, saya Nor Athirah Mohd Yunus sekali lagi ingin mengucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Salah dan Khilaf, mohon dimaafkan.


byee~

Raya Part 1

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin belum lagi. hehehe. nantikan entri seterusnya dengan kepulunan aku beraya tahun ni. =)





Thursday, August 18, 2011

HOPE

Assalamualaikum.

Dah lama tak menyembang dalam blog ni rasanya. skrg agak busy dgn praktikal, keje ape sume. eh tak. sbnarnye buat2 busy je. tak busy mana pn. hahaha. aku skrg da nekad nak jadi the new me. nak tutup sume kisah2 lama. nak tanam dalam tanah 6 kaki n dah tak nak ingat pape dah psl kisah2 lama. account fb pun dah deactivate. now da 3 ari menyepi dari semua org. aku rasa lebih tenang sikit. hanya certain2 org je yg aku contact skrg ni. truthfully, aku skrg lebih byk mendekatkan diri kepadaNYA. sbb aku tahu DIA sorang je yang mampu tolong aku buat masa skrg. dan alhamudillah. makin byk aku jumpa DIA, makin dekat aku dgn DIA, makin aku rasa tenang. makin aku lupa segalanya. tu yang aku cari selama ni. mudah-mudahan, usaha aku ini mampu mengembalikan balik semangat, keceriaan dalam diri aku ni.

pape pun, a million thanks goes to semua kawan2 aku yang banyak support aku dr dulu sampai skrg. FARAH, DAYAH, SYILA, BADD, n ramai lg la. tak larat nk sebut satu2. sayang korang sangat2. =) buat masa skrg. medium aku untuk berhubung adalah blog ini shja. rasa macam best je takde fb. senang hati. hehehe. aku harap, aku dapat lupakan benda ni semua dalam jangka masa yang singkat dan bergembira macam aku yg dulu2.

now aku sedar. benda ni tak susah pun. tp aku yang buatkn benda ni jadi susah. antara aku nak atau taknak je. kalau dari dulu aku tak sebebal, sedegil ni kan takde la nk jadi cmni. tp benda da jadi. so biarlah ini menjadi pengalaman yang mengajar erti hidup aku. hidup mesti diteruskan. banyak lagi benda nk capai dalam hidup aku. aku janji, aku tak kan KALAH. mark my words 'men'.




BYE :)

Saturday, August 13, 2011

Ya Allah.

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku, tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Saturday, July 9, 2011

Nervous

Assalamualaikum

nothing much to say. I'm counting days for my internship next week. quite nervous peeps.
2 more days to go. new life, new environment, new members and everything is new. wish me luck everybody, huh! -.-"

.
.
.
.
.
.

the end!

Thursday, July 7, 2011

Karnival Sukan

Assalamualaikum

berkurun lamanya dah berlalu pasal karnival sukan unikl, aku baru nak tulis entri pasal ni kan. haaa. pegi mati, bia lantak la. baru rajin nk tulis. ape boleh buat kn. sukan kali ni diadakan di MIAT. walaupun karnival kali ni tak best sangat. tapi aku layankan je la. peh malas sebenarnya ni nk karang byk2 ayat. tgk gambar je la. bak kata pepatah mat2 salleh " A picture is worth a thousand words ". so tak perlu tulis byk2 sgt la kn.


so, this is MIAT.


team mates, netball. <3



opening ceremony


pdude dengan trumpetnya. Inilah barisan kita..

tika malam menjelma. ni la permainan ktorg

geng-geng malam.


ini kalau pakai fish eye lens lagi cun


bajet-bajet korea. boleh? haha


closing ceremony

first medal emas dr team bola tampar wanita.

highlight gmbar ni adalah bunga api belakang tu

favourite gambar dalam byk2.

selamatlah berlangsungnya karnival sukan siswa UniKL 2011 di MIAT selama seminggu ini. overall tuan rumah MIAT dapat johan keseluruhan dan MICET dapat no 6. walaupun prestasi agak menurun berbanding dengan karnival sebelum ni, tapi semangat kesukanan tu still ada. berjumpa semula di Malaysian Spanish Institute, Kedah tahun depan.

bye!