There was an error in this gadget

Wednesday, June 1, 2011

Rokok aku, suka hati aku la!

Assalamualaikum.

Entri aku hari ni tak ditujukan secara peribadi kat sape-sape pun. aku tujukan kat semua orang, baik lelaki mahupun perempuan. memandangkan aku selalu sangat dengar si awek marah-marah si kekasih pasal merokok. jadi terhasil lah entri ni.

bagi sape yang tak tahu, ni la rupa bentuk rokok.

menurut definisi wikipedia;

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar padah salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

Ok. mungkin ada awek yang tak suka kaw-kaw punya si kekasih ni merokok sampai time dating ni si kekasih terpaksa la tahan diri dgn kunyah chewing gum berpuluh-puluh nk elak rasa sangap rokok tu. dan mungkin juga ada awek ni yang memang suka si kekasih dia merokok. katanya, macho je lelaki merokok ni. bagi aku, ok je kalau nk merokok tu. tapi lagi better lah kalau tak merokok tu. hak kebebasan masing-masing kan. bukan mintak duit aku pun nk beli rokok tu.


Kadang-kadang tu ada la terdengar si awek paksa si kekasih ni berhenti hisap rokok. siap ckp, kalau u hisap rokok lagi, u mmg tak sayang i. kita putus je lah. yang si kekasih ni terpaksa la pujuk balik, dengan ayat manis macam ni. " i sayang u la. i tak hisap rokok dah pasni ye. i janji." ayat kemain kan. padahal lepas tu, berkotak kau bahan sorang rokok tu. hahaha.

Aku tak salahkan si kekasih kalau dia tipu awek die sbb aku rasa die kenal rokok dulu dari dia kenal awek dia tu. pendapat aku, aku rasa tak mudah bagi seorg perokok nk berhenti hisap rokok mcm tu je secara drastik. yang awek ni jgn la marah, paksa-paksa si kekasih ni berhenti merokok secara drastik. boleh sakit wooo kekasih kau tu. apa lah salahnya kita ckp baik-baik, tolong dia supaya dia boleh berhenti merokok slowly. tu lagi better kan. dari kau marah-marah, paksa-paksa dia. lagi dia serabut, kang tak pasal-pasal boleh buat gaduh pastu clash, pastu nangis-nangis. kan, kan? hahaha.


Yang si kekasih ni pun satu hal. paham-paham la awek sendiri tu. rasanya mmg almost semua perempuan tak suka lelaki merokok. kalau tak boleh nak berhenti tu, kurang-kurangkan lah sikit merokok depan si awek ni. kesian dia. tak pasal-pasal nanti ada tarik muncung tu.

Tapi aku respek kawan aku la. bila aku lepak dgn dia. dia akan tanya dulu boleh bau asap rokok tak. kalau kata tak, mmg dia tak merokok la time tu. kalau nk jadi seorg perokok, jadi lah mcm kawan aku ni. baru lah org tak rasa annoying dan distracted dgn kehadiran kau, ok? tapi ada je sesetengah perokok ni. peh! main selambe je hembus sana sini. mmg hangen jugak la kalau ada yang kurang ajar mcm tu. kau ingat best sgt lah bau asap rokok yg kuar dari mulut kau tu.


Pape pun, rokok mmg tak bagus untuk kesihatan. dekat kotak rokok tu letak la mcm-mcm pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok bahayanye kesihatan akibat merokok, contohnya kanser paru-paru atau serangan jantung. tapi tak menjadi jugak. dah besar, dah boleh fikir mana baik mana buruk. sendiri tanggung la kalau sakit tu. yang pasti aku sokong KEMPEN TAK NAK MEROKOK!




renung-renungkanlah.

ingatlah org yang tersayang ok.






bye~

4 Orang mengomen:

aHmAd ZaCk! said...

pahal i baca cm baca depan cermin je..

Tyra said...

haha. terasa ke?

aHmAd ZaCk! said...

Agak la..

Tyra said...

this is random. i ckp psl sume org. u amik pengajaran k. hehe. ;p

Post a Comment