Wednesday, September 28, 2011

to ' You-Know-Who '


I made this for you, and i know you will read this.
All the stupid fun, jokes, lies and all the shit I've done.
I am sincerely sorry for whatever it was that i did this time.
From the girl that always pissed you off,
athirah,

Wednesday, September 21, 2011

kelip-kelip

Kelip-kelip disangka api,
kalau api mana puntungnya?
hilang ghaib disangka mati,
kalau mati mana kuburnya?
*membuat ku berfikir sejenak

Monday, September 19, 2011

hangat bercinta. *puih!

Assalamualaikum,

entri ni copy paste saja dari mamat ni, klik sini.


Pertanyaan lazim bagi orang yang tengah bercinta.

1.awak dah mam ke belum? *mam disini bukan bermaksud mampus sebaliknya bermaksud makan dan singkatan daripada perkataan mamam. ahah!

2.awak tengah mam apew tu? nak cikit boleh? awak cuapkan lah~ *guwa terpaksa guna ayat-ayat gedik.

3.awak dah mandi ke belum?

4.awak dah solat?

5.awak tengah buat apa tu?

6.awak demam ea? alololo ciannye mam lah ubat.

7.awak bangun colat cubuh. *kahkahkah macam haram 'colat cubuh'

8.awak busy eh? corry ganggu.

9.awak jom mecej caye bocan ah.

10.I miss you,I leb you etc.

11.awak cayang caye tak? caye cayang awak ketat-ketat.

12.kenapa tak angkat kol saya tadi?

13.kenapa tak reply mesej saya?

14.awak minggu ni kita keluar nak? kita gi dating ajak syaitan sekali.

15.awak topupkan untuk saya boleh? kredit saya dah habis lah.


haha. bila baca memang tergelak sorang-sorang la. macam harammm.
*tiada kena mengena dengan aku atau seangkatan dengannya.


Wednesday, September 14, 2011

Monday, September 12, 2011

Dipaksa

Assalamualaikum

Akhirnya aku telah terjebak ke open house member aku setelah dipaksa oleh beberapa orang rakan. Maka, berkonvoi lah beramai-ramai kami ke rumah Afiq dekat Alor Gajah. Konvoi sebanyak 5 buah kereta dan 2 biji motor mat rempit. Sebenarnya semua ni kawan-kawan aku dekat UniKL. Dorang sekarang semua dah futher degree hanya aku je masih terkandas tengah praktikal untuk habiskan diploma ni.

haa, ini lah dia tuan rumah (berkaca mata) dan pasangan skandalnya. *sorry dila. haha

Menu rumah Afiq; mee goreng, nasi impit dan kuah kacang. Sedap mak Afiq masak. Antara gambar yang sempat di snap di rumah Afiq oleh jurukamera yang tak bertauliah.

mat Scottish, mat tak berapa nak Jawa, mata Punjabi, mat yang akan fly ke New Castle

rakan yang memaksa dan rakan yang dipaksa.

dan inilah;
jurukamera tak bertauliah 1

jurukamera tak bertauliah 2

Inilah mereka, rakan-rakanku.

Apa-apa pun, aku enjoy. Perut kenyang, hati pun sonang. Thanks Afiq! Thanks semua!

p/s ; boy friend yang kata nak upload gambar berbaju melayu, mananya sayang?

Wednesday, September 7, 2011

Avenged Sevenfold - So Far Away


Never feared for anything.
Never shamed but never free.
A laugh that healed the broken heart with all that it could.

Lived the life so endlessly.
Saw beyond what others see.
I tried to heal your broken heart with all that I could.

Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Plans of what our features hold
Foolish lies of growin' old
It seems we're so invincible, the truth is so cold.

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind.

Where you can say,
You can stay awake forever.

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Sleep tight, I'm not afraid.
The ones that we love are here with me.
Lay away a place for me
'Cause as soon as I'm done, I'll be on my way
To live eternally.

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
I have so much to say but you're so far away.

I love you
You were ready
The pain is strong enough to despise
But I'll see you
When He lets me
Your pain is gone, your hands are tied.

So far away.

And I need you to know

So far away
And I need you to,
Need you to know.


"So close yet so far away"
A song for you friends.

Tuesday, September 6, 2011

Buat sendiri la !

Assalamualaikum

Eh, kenapa tiba-tiba ada bunga ni? Adakah hatiku berbunga-bunga? Oh, tidak sama sekali.
Tapi hari ni aku nak cerita perihal kahwin yang selalu orang sibuk nak uruskan pasal pelamin, hantaran, pintu gerbang. Tak lama lagi aku dah nak kahwin, so terpaksa lah juga cerita pasal kahwin-kahwin ni. Ini bukan cerita benar, tapi hanya rekaan semata-mata. hehe. Bukan aku yang nak kahwin tau. Tapi entri ini hari memang pasal orang nak kahwin. Sebenarnya tanpa diduga, aku ada bakat yang terpendam disebalik otak kimia yang aku rasa tak berapa nak jadi ni.
Bakat apa? Mesti lah bakat yang macam ala-ala wedding planner tu, buat pelamin, hantaran dan pintu gerbang kahwin. *perasan. kehkehkeh.


Ish, taknak panjang lagi gua membebel ni. Biar lantak lah. Cuma nak kongsi dengan saudara saudari sekalian, awal tahun hari tu wedding abang kedua aku. So, segala persiapan hantaran dan sebagainya adalah 100% hasil usaha dari keluarga kami. Ntah macam mana dan ntah bila aku jadi mastermind dalam semua benda alah ni. Time pergi beli barang-barang hantaran, aku cakap dekat kakak aku, aku ada idea nak buat macam mana hantaran tu nanti. Dah beli semua barang maka duduk pulun lah aku dengan kakak aku sesi meng'try' dan menggubah sepuas hati mungkin.



Dan inilah hasil final hantaran abang aku atas titik peluh
semua keluarga aku.

Terjemahan Al-Quran

Set Make-Up

Kain Telekung

Kek Buah

Kain Tenun Pahang

Beg

Buah-buahan

Jam

Kasut

Oh, by the way, hantaran ni aku bagi nama hantaran darat.
Kelantan punya slang, darat tu maksudnya kampung.
Sebab aku memang orang kampung, so aku suka dengan hasil yang aku buat ni.
Warna temanya adalah kuning dan krim dan ala-ala eksotik sikit sebab bekas dia warna brown.


Setel pasal hantaran. Sekarang pasal pelamin pula.
Disebabkan nak cut cost, mak aku putuskan tak nak sewa pelamin time majlis sambut menantu dekat rumah aku. So, pelamin pun buat sendiri. Abang aku request nak yang simple-simple je. Maka, mak aku pergilah membeli perkakas nak buat pelamin, kain, bunga dan banyak lagi kot. Yang excitednya adalah aku. Sebab aku yang excited, aku lah yang akan buat sendiri. Bertukang malam-malam nak try dan tengok mana design yang paling berkenan di hati semua orang.


Dan inilah hasilnya,

Kerusi dan stage tak sempat nak buat. Maka yang 2 tu saja yang disewa.
Yang lain semua hasil usaha sendiri. Bunga-bunga tu my mom yang gubah.


Cerita pasal pintu gerbang pula agak dramatik sikit sebab pintu ni siap pagi majlis tu. Agak gelabah juga nak siapkan sebab benda tu leceh sikit. Semua tu hasil usaha dari cousin aku, wife cousin aku dan ramai lagi.

Yang berkain pelikat tu lah abang aku. Ok, tak payah fokus dekat dia. Fokus dekat pintu tu. Bunga-bunga tu semua adalah fresh flower. Nama bunga tu aku pun tak ingat apa dia. Tapi bunga tu orang India selalu guna untuk buat kalung rantai. Pintu tu memang simple je kalau nak berbanding dengan wedding-wedding lain yang grand gila babas tu. Disebabkan semua buat sendiri dan bersusah payah untuk menyiapkannya, so it looks nice to me.
And yes, that feeling, it grew on me.


Habis cerita pasal wedding abang aku yang dah agak basi, wife dia pun dah nak due dah bulan 11 ni. Semoga aku dapat anak buah yang comel. hehe. Sekarang tengah busy buat hantaran untuk my cousin. Majlis dia tak lama lagi, end of this month. Dalam proses nak cari the best design. Aku rasa aku dah salah ambil course dulu kot. Patut ambil interior design ke, pasal arts ke. hahaha. terfikir juga nak buat benda ni sebagai side income aku. Siapa-siapa yang rasa nak tempah dengan aku boleh la bagi tahu aku ok. haha. Price boleh nego. macam ye ye je. Kalau ye pun apa salahnya kan.


Maaf lah sebab entri kali ni berkarangan panjang gila.
Sorry kalau ada termengarut. . =)




ok then, bye everyone!



Kejap-kejap. Ada tambahan. Tajuk dengan isi kandungan dalam entri ini
tak ada apa-apa kaitan. Sekian. Hehehe



^^


Thursday, September 1, 2011

Raya Part 2

Assalamualaikum


Ini entri sambungan dari part 1 tadi. tahun ni aku beraya di kampungku yang tercinta Pasir Mas, Kelantan. perjalanan pulang ke kampung boleh dikira agak okay la bagi hari perayaan even kereta mmg agak banyak. tahun ni aku rasa antara raya yang paling aku layan sbb aku masih dapat duit raya. hehehe. ingatkan dah tak dapat besar2 ni. tapi alhamdulillah, pak cik, mak cik, sepupu semua berbesar hati nak bagi duit raya dekat budak praktikal yang dapat elaun tiap2 bulan sbanyak 2 ribu ringgit malaysia. *tangan ke dada mata ke atas. phewww~ haha.

Seperti biasa, acara wajib selepas solat hari raya ni adalah upacara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. dan tahun ni aku berjaya untuk tidak menitiskan air mata. hehe


Yang acara selepas ni mmg confirm wajib iaitu sesi bergambar. dari tua smpai ke budak2 semua sakan bergambar termasuklah aku. itu mmg wajib. pastu as usual pergi ke kubur ziarah kubur nenek dan atuk aku dan seterusnya pulun beraya ke rumah sepupu sepapat aku, makan, makan, makan dan makan sampai aku punya perut pun dah rasa ketat. dalam masa satu hari berkilo-kilo naik. tapi lantak la. janji senang hati. haha


the one and only, abah.

the most precious, mak.



keluargaku. tapi tak cukup korum lagi.

taraaa. sebahagian dari keluarga Mat Yaman.



Second day raya dah balik ke Kuantan. dan hari ni pergi beraya dekat rumah atuk aku dan makan, makan dan makan lagi. sampai aku rasa dah tak larat nak makan lagi. hari ni timbang dah naik 3 kilo. tapi naik 3 kilo pun org still cakap aku kurus. mmg kurus pun. nak wat mcm mana. mmg badan aku mcm ni. hehe


abah dan anak2 perempuannya. *rumah atuk.


Dan itulah cerita raya aku untuk 3 hari ni. sebenarnya lagi pulun aku beraya. tapi sbb dah tak larat nak upload gambar dan nak tulis banyak, aku rasa sampai sini je la entri kali ni. kalau ada rezeki, kita jumpa lagi untuk part 3 pulak.



Akhir sekali, saya Nor Athirah Mohd Yunus sekali lagi ingin mengucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Salah dan Khilaf, mohon dimaafkan.


byee~

Raya Part 1

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin belum lagi. hehehe. nantikan entri seterusnya dengan kepulunan aku beraya tahun ni. =)