Thursday, August 18, 2011

HOPE

Assalamualaikum.

Dah lama tak menyembang dalam blog ni rasanya. skrg agak busy dgn praktikal, keje ape sume. eh tak. sbnarnye buat2 busy je. tak busy mana pn. hahaha. aku skrg da nekad nak jadi the new me. nak tutup sume kisah2 lama. nak tanam dalam tanah 6 kaki n dah tak nak ingat pape dah psl kisah2 lama. account fb pun dah deactivate. now da 3 ari menyepi dari semua org. aku rasa lebih tenang sikit. hanya certain2 org je yg aku contact skrg ni. truthfully, aku skrg lebih byk mendekatkan diri kepadaNYA. sbb aku tahu DIA sorang je yang mampu tolong aku buat masa skrg. dan alhamudillah. makin byk aku jumpa DIA, makin dekat aku dgn DIA, makin aku rasa tenang. makin aku lupa segalanya. tu yang aku cari selama ni. mudah-mudahan, usaha aku ini mampu mengembalikan balik semangat, keceriaan dalam diri aku ni.

pape pun, a million thanks goes to semua kawan2 aku yang banyak support aku dr dulu sampai skrg. FARAH, DAYAH, SYILA, BADD, n ramai lg la. tak larat nk sebut satu2. sayang korang sangat2. =) buat masa skrg. medium aku untuk berhubung adalah blog ini shja. rasa macam best je takde fb. senang hati. hehehe. aku harap, aku dapat lupakan benda ni semua dalam jangka masa yang singkat dan bergembira macam aku yg dulu2.

now aku sedar. benda ni tak susah pun. tp aku yang buatkn benda ni jadi susah. antara aku nak atau taknak je. kalau dari dulu aku tak sebebal, sedegil ni kan takde la nk jadi cmni. tp benda da jadi. so biarlah ini menjadi pengalaman yang mengajar erti hidup aku. hidup mesti diteruskan. banyak lagi benda nk capai dalam hidup aku. aku janji, aku tak kan KALAH. mark my words 'men'.




BYE :)

Saturday, August 13, 2011

Ya Allah.

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku, tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU