Thursday, February 16, 2012

Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah.

Assalamualaikum.


Sayu, pilu hati terasa bila semua yang berlaku serba tak kena, serba kekurangan. Perasaan? Jangan digambarkan, jangan dibayangkan. Gembira pun tidak, sedih pun tidak. Satu perasaan yang aneh. Mungkin hanya mainan perasaan. Hanya Allah sahaja yang tahu. Kadang-kadang apa yang diingini dalam hidup ini, bukan semudah yang kita sangkakan. Kadang-kadang juga, bukan semua perkara berjalan lancar macam apa yang kita rancangkan. Sebaik manapun perancangan kita, semuanya berbalik kepada " kun fa ya kun ".

" Jika itu yang dikehendakiNYA, maka jadilah ia "

Terfikir juga bila tiba masanya, terasa amat lemah seperti mahu berputus asa, tiada semangat, tiada kekuatan untuk menempuhi ujian dan dugaan dariMu. Rasa tak berdaya menempuhi dugaan yang mendatang ini. Tapi sebagai hambaNya, tiada yang lain mampu kita lakukan selain berusaha mencari keredhaanNya. Sesungguhnya, keredhaan itulah yang amat diperlukan. Sedang cuba untuk memahatkan dalam diri, meyakinkan diri bahawa semua yang terjadi ada hikmah. Percaya bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya.

Namun redha itu bukan bererti mengalah. Redha itu adalah melepaskan sesuatu dengan keazaman, keinginan dan iktikad untuk terus berjaya dalam ragam kehidupan di masa akan datang. InsyaAllah, ujian dan dugaan inilah yang menjadikan kita lebih kuat sebagai hambaNya untuk menempuhi hari-hari mendatang yang mungkin akan lebih kejam.

Semua perkara memerlukan usaha. Maka berusahalah dalam mencapai kejayaan, berusahalah dalam memperolehi apa yang diingini, dan berusahalah menegakkan apa yang diyakini sebagai hak. Kemudian berdoa dan bertawakallah kepadaNya. InsyaAllah, segalanya akan berbalik kepada ketentuanNya.


" kun fa ya kun ".
Tabahlah demi penciptaMu.

0 Orang mengomen:

Post a Comment