Saturday, May 12, 2012

MayEleven


Assalamualaikum

I had a wonderful day on my birthday. Can be count as the best birthday ever. Hehe. Terima kasih banyak all the family yang wish. Nanti kita celebrate sekali dgn birthday mak next week ok. A million thanks to my roomates merangkap sahabat baik saya disini, Syila, Farah dan Dayah yang celebrate this birthday girl. Ditanggung segala perbelanjaan satu hari. That is the best part. Hehe. Thank you for the Nando’s with all kind of chickens and sidelines yang sedap. For sure next time kita pegi lagi ok. Thanks also for the ride, menara taming sari walaupun saya dah naik banyak kali. Gayat tetap gayat jugak. Haha. Wonderful night. Terima kasih dekat kawan-kawan yang mendoakan kesejahteraan saya and last but not least. Thanks to my dearest best friend for the present. The best feeling ever is to have what you are craving for of something for a quite long time. Hehe. Keon, terima kasih jugak untuk hadiah tu. Unexpected since dah tua-tua ni mana ada org nak bagi hadiah. Hehe. Hari dah berlalu, buku pun dah memanggil untuk distudy. Hari isnin ada exam lagi. -.-“. Once again, thank you everyoneeee! ^___^



Thursday, February 16, 2012

Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah.

Assalamualaikum.


Sayu, pilu hati terasa bila semua yang berlaku serba tak kena, serba kekurangan. Perasaan? Jangan digambarkan, jangan dibayangkan. Gembira pun tidak, sedih pun tidak. Satu perasaan yang aneh. Mungkin hanya mainan perasaan. Hanya Allah sahaja yang tahu. Kadang-kadang apa yang diingini dalam hidup ini, bukan semudah yang kita sangkakan. Kadang-kadang juga, bukan semua perkara berjalan lancar macam apa yang kita rancangkan. Sebaik manapun perancangan kita, semuanya berbalik kepada " kun fa ya kun ".

" Jika itu yang dikehendakiNYA, maka jadilah ia "

Terfikir juga bila tiba masanya, terasa amat lemah seperti mahu berputus asa, tiada semangat, tiada kekuatan untuk menempuhi ujian dan dugaan dariMu. Rasa tak berdaya menempuhi dugaan yang mendatang ini. Tapi sebagai hambaNya, tiada yang lain mampu kita lakukan selain berusaha mencari keredhaanNya. Sesungguhnya, keredhaan itulah yang amat diperlukan. Sedang cuba untuk memahatkan dalam diri, meyakinkan diri bahawa semua yang terjadi ada hikmah. Percaya bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya.

Namun redha itu bukan bererti mengalah. Redha itu adalah melepaskan sesuatu dengan keazaman, keinginan dan iktikad untuk terus berjaya dalam ragam kehidupan di masa akan datang. InsyaAllah, ujian dan dugaan inilah yang menjadikan kita lebih kuat sebagai hambaNya untuk menempuhi hari-hari mendatang yang mungkin akan lebih kejam.

Semua perkara memerlukan usaha. Maka berusahalah dalam mencapai kejayaan, berusahalah dalam memperolehi apa yang diingini, dan berusahalah menegakkan apa yang diyakini sebagai hak. Kemudian berdoa dan bertawakallah kepadaNya. InsyaAllah, segalanya akan berbalik kepada ketentuanNya.


" kun fa ya kun ".
Tabahlah demi penciptaMu.