Selamat Hari Raya Aidilfitri. Aku kembali dengan blog entry raya kali ni. agak terlambat aku mengupdatekn blog ni dek kerana malas dan banyak kerja yang tertangguh. walau apa pun. masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua terutamanya keluargaku, saudara mara, sahabat handai dan semua yang mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin. ok. stop sesi bermaafan, kita cerita perihal raya di kampung pula. tahun ni giliran beraya di Kelantan. teramatlah girangnya aku beraya di Pasir Mas. yang pastinya memanglah sangat meriah, havoc gila sebab aku masih dapat duit raya. haha. itu yang paling penting. pagi raya seperti biasa sudah pasti ada sesi bermaafan. dan kali ni aku berjaya untuk tidak menitiskan airmataku ketika bermaafan dengan kedua ibu bapaku. ni la antara gambar-gambar yang sempat di snap ketika sesi bermaaf-maafan.
Tuesday, September 29, 2009
Tuesday, September 15, 2009
It's a boy
Assalamualaikum
sudah lame aku menyepi. lebih dr seminggu kot. sibuk sikit dengan test, kuiz dan assignment2. banyak hal yang terjadi dlm masa seminggu ni. ada yang best, ada yang mcm haram.. huhhu. btw, aku happy coz aku dpt anak buah baru. his name is Muhammad Rayhan bin Mohd Zulhazmi. seronok.. hidung mancung mcm aku. hahah. perasan. dilahirkan pd hari sabtu yg lepas bersamaan 12 Sept 2009.
Wednesday, September 2, 2009
One Nation Rockestra
we are proudly present, One Nation Rockestra
Puasa+Race
Dalam perjalanan ke kelas Process Instrumentationfaiz: weh athirah, ayer keroh ptg nie. buka puasa. bran tak bran?
aku: aiii.. bran la weh. jom la. blanje aku k? bran tak bran?
faiz: tak cantik r tu. sendiri-sendiri la
aku: tak bran la lu. duit minyak aku support. ko blanje aku je. hehe. :)
.......
So, jadilah kami berenam (aku, edy, faiz, syud, fairuz dengan yana) pergi buka puasa. geraklah dari rumah aku pukul 5.45 ambil mamat 2 orang tu kt rumah. pastu gerak pergi rumah syud. kami semua bergeraklah mencari tempat makanan yang sedap. konon-konon Faiz nk bawa pergi makan kat Ayer Keroh. tp last-last, kat Cheng je. Ok la gak. ramai dow manusia atas jalan. dorang ni tak reti-reti nak balik ke. buka puasa la weh.. sesudeh sampai di Restoran Roti John ..... kami pun order la ayam golek dan lain-lain. ni muka-muka excited tak sabar nk makan ayam golek.
beriye la kau edy. haha
posing-posing
malu ka faiz?


sambil-sambil menunggu makanan sampai, kami bercerita, terumpat sane, terumpat sini. hehe. jaat dow kau edy. ayam golek n air karot aku dah sampai. sedaappp.
memang cara r tgk ayam ni
selamatlah kami berbuka pada jam 7.20 mlm. lepas semua da kenyang, kitorang pun balik lah. aku drive kete aku, Faiz drive kete Syud. On d way nak balik. aku follow kete Faiz. tgh syok drive ni, tiba-tiba kelihatan kt back mirror dan side mirror, sebiji kereta yang tak tau dtg dari mana duk cucuk aku baik punya. ahaii.. pnas je kan. da puas kete tu main cucuk-cucuk, dia over take aku. tak kisah lg la tu. tapi main kasar nampak, die blow aku, bagi makan asap kot. pehh! tercabar keperempuanan aku. sumpah. kau dah la pakai satria. aku pakai kelisa 1.0 je. tak kan nk blow aku. tak cantik la tu. kalo nk ajak race pun takkan dgn perempuan kot. dan-dan je mamat satria tu tunggu aku kt simpang nk ajak main lagi. haha. lantak kau lah lelaki. nak pulak aku layan kau. aku pun meneruskan perjalanan untuk menghantar edy pulang. sampai gak akhirnya. dan kepada lelaki itu, kau super duper lawak la.. tettt!
tQ kawan-kawan menemani aku berbuka puasa.
terawih!! :)
terawih!! :)
Tuesday, September 1, 2009
Ramadhan
1118. Dari Abu Huriarah ra. katanya Rasulullah saw. bersabda:"Setiap amal anak adam dilipat gandakan pahalanya. Satu macam kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali. Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Selain puasa; kerana puasa itu untuk KU. Aku akan memberi pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya kerana KU. Dan bagi orang yang puasa ada 2 macam kegembiraan:
pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."
(Terjemahan Hadis Sohih Muslim oleh Ma'mur Daud, Jilid 2, Halaman 263.)
Kepada semua umat Islam di seluruh dunia, selamat mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga segala ibadah yang kalian lakukan diterima oleh Allah swt. Perbanyakkanlah ibadah sunat di bulan yang penuh mulia ini. Sesungguhnya ibadahmu akan dilipat gandakan. InsyaAllah.
Monday, August 31, 2009
Bermulanya Kisah
Asslamualaikum peeps.
akhirnya aku dah berjaya buat blog.
lawak je an, da la pemalas.
ada hati kau nk wat blog, pompuan. ahhaa. takpe2
kepada rakan-rakan, marilah merngimarahkan coretan aku ni.
so, tibalah mase untuk memperkenalkan diri aku
this is me;
akhirnya aku dah berjaya buat blog.
lawak je an, da la pemalas.
ada hati kau nk wat blog, pompuan. ahhaa. takpe2
kepada rakan-rakan, marilah merngimarahkan coretan aku ni.
so, tibalah mase untuk memperkenalkan diri aku
this is me;
Nor Athirah Binti Mohd Yunus
11May19**
tinggal di Kuantan, Pahang
currently study at UniKL MICET
taking, diploma in chemical engineering
agak gila, sedikit sewel, byk ckp
ramah terlampau
rancak di sini juga;
11May19**
tinggal di Kuantan, Pahang
currently study at UniKL MICET
taking, diploma in chemical engineering
agak gila, sedikit sewel, byk ckp
ramah terlampau
rancak di sini juga;
cukuplah setakat tu kot.
lain hari aku cerita panjang2 ok
daaa....
Subscribe to:
Posts (Atom)